Sunday, April 18, 2010

Friday, April 16, 2010

BAHAGIAN LAUK PAUK 1- PAJERI NANAS

BAHAN-BAHAN

1 biji nenas
1 biji kelapa (jadikan santan)
1/2 biji kelapa ( dijadikan kerisik - 1 paket kerisik- jika malas nak buat )
1 paket rempah kari ikan
1 gengam udang kering- basuh bersih dan tumbuk halus
2 ulas bawang merah(kecil) } dimayang halus
2 ulas bawang putih } dimayang halus
1 inci halia } dimayang halus
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 cawan minyak masak
2 sudu makan pes asam jawa
1/2 cawan gula / air gula merah (gula melaka)
garam serta serbuk perasa



CARA MEMASAK

A- Nanas dikupas buang kulit dan mata2nya

B- Panaskan minyak tumis kesemua bahan hirisan dan bunga lawang, bunga cengkih, palaga dan kulit kayu manis.

C- Setelah kuning dan naik bau masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air dan udang kering . Biar bahan tadi garing sikit gareng sikit dan masukkan santan yang telah dicampur dengan pes asam jawa .
D- Masukkan nanas dan gula serta garam dan perasa mengikut selera sendiri

E- Masaklah hingga nanas tadi masak dan akhir sekali masukkan kerisik.
F- Biar mendidih lebih kurang 5 minit angkat.

ANIKA MASAKAN MEE BIHUN DLL

MEE UDANG

BAHAN_BAHAN

1 bungkus mee kuning } dicelor
50 sen taugeh ] dicelor
3 keping tahu } digoreng potong memanjang
rm1 campuran daun sup dan daun bawang ] dipotong halus buat hiasan
1 bungkus fishball } direbus
rm1 sayur kangkung } di celor
1 bungkus bawang goreng } tabur buat hiasan

BAHAN-BAHAN KUAH

10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih } dimesinkan
3 ulas bawang kecil(merah)
1 kg udang
3 sudu tepung jagung
garam
gula
serbuk perasa
kicap
minyak
cuka

BAHAN SAMBAL

Rm 2 udang kering } basuh dan tumbuk atau mesin halus
15 tangkal cili kering } mesin dengan 2 ualas baw. putih serta 3 ulas baw. merah.
asam
gula
garam
aerbuk perasa (jika perlu )(

CARA MENYEDIAKAN KUAH

1. Cili kering serta semua jenis bawang dikisar halus.

2. Panaskan 3 sudu makan minyak kemudian tumiskan bahan tadi. biar naik bau barulah dimasukkan air sebanyak 1 jag. masukkan 3sudumakan cuka, 3 sudu makan kicap , garam dan serbuk perasa jika perlu.
3. Rasa kuahnya mengikut selera sendiri jika suka masam lebihkan cuka dan jika suka manis masukkan sedikit gula kedalam kuah tersebut
4. Setelah mendidih masukkan tepung jagung yg. telah dibancuh dengan sedikit air. Masak lebih kurang 5 minit dan masukkan udang yg telah dibersihkan.(udang jangan dibuang kulit dan kepala-hilang manis udang)
5. Masak lagi lima minit akhir sekali masukkan fishball.biar mendidih selama 2 atau3 minit danb angkat


CARA MENYEDIAKAN SAMBAL

1. Cili kering dan semua bawang dimesin halus
2. Udang kering dibasuh bersih dan dimesin halus
3. Panas 1/2 cawan minyak kemudian masukkan bahan2 yg telah dimesin tadi
4. Maasukkan sedikit air asam ikut cita rasa sendiri. kacau
5. masukkan gula dan garam serta serbuk perasa jika perlu
6. masak hingga sambal kering airnya dan terbit minyak

CARA MENGHIDANGNYA

masukkan mee kuning yg telah dicelor kedam mangkuk. letakkan taugeh sayur
kangkung tahu yang telah dipotong memanjang. .Tuangkan kuah bersama2 udang akhir sekali hiaslah dengan sambal udang dan tabur daun sup dandaun bawang serta bawang goreng

PETUA DAPUR -2


A- UDANG SENTIASA SEGAR
Bagi mengelak udang berbau dan sentiasa segar dan tahan lama dalam peti sejuk dengan memerahkan asam limau keatas udang2 tersebut.


B- SOTONG MUDAH DIBERSIHKAN

Rendam sotong dalam air beras selama 10 atau 15 minit - kulit sotong akan tanggal dan sotong tidak berbau hanyir.Ingatlah kulit sotong tidak elok dimakan kerana sotong membebaskan toksik nya melalui kulitnya.

C- MENGHILANGKAN HANYIR AYAM/DAGING

Ambil sedit tepung gandum lumurkan pada ayam atau daging dan biarkan 5 minit . Cucilah bersih2.
ATAU

Bancuh sedikit serbuk kopi dan lumurlah pada ayam atau daging .bilaslah hingga bersih . InsyaAllah baunya akan hilang.



Thursday, April 15, 2010

Makroni Soup

BAHAN

1) isi ayam atau daging- ikut keperluan
2) makroni - ikut keperluan

3) karot- ikut keperluan

4) ubi kentang-ikut keperluan

5) sedikit daun soup dab daun bawang

6) sedikit bawang goreng

Untuk soup:

1) 1 sudu makan rempah soup ADABI

2) 1 kiub rempah soup tulang lembu Knorr/ kiub ayam Knorr

3) 1 inci halia- 3 ulas bawang kecil - 3 ulas bawang putih} dikisar

BAHAN TUMIS( tumis darat)

1 kuntum bunga lawang- 3 kuntum bunga cengkih - 2 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang kecil - 2las bawang putih - 1 inci halia } dimayang dan
dicampurkan dengan rempah tumis tadi

CARA MEMASAKNYA

1) Masukkan ayam atau daging dengan serbuk rempah dan kiub kedalam
periuk , tuangkan air secukup nya dan masukkan bahan yang dikisar serta
ubi dan karot rebus haingga bahan2 itu masak dan empok.
2) rebus makroni sela 8 atau 9 minit -sehingga lembut
3) setelah soup masak tumis bahan2 tumis dan tuang kedalam soup masukkan
daun soup dan daun bawang.

CARA HIDANG

1) masukkan makroni dam mangkuk dan tuangkan soup. Tabur kan sedikit daun soup dab daun bawangakhir sekali taburkan bawang goreng.

Wednesday, April 14, 2010

Asalammualaikum Mummy Rasa..............

mummy nak berkongsi ilmu dengan anak2 kalian. Jika mahu mencuba atau mengikuti nasihat mummy cuba2lah.

petua dapur

1../ Cara2 nak memilih ikan ketika dipasar

a) buka insangnya terlebih dahulu lihat apa warna insang tersebut jika.....
warnanya merah kehitaman jangan ambil
warnanya merah pucat pun jangan ambil-------------ini menunjukkan ikan2 tersebut
udah lama kena frozen dan ada bahan pengawet
b) tekan badan ikan debgan jari telunjuk jika ---------
ianya meninggalkan bekas jari (lekuk) jangan ambil-----------ini menunjukkan isi ikan
itu dah medak tak elok
c) lihat pula pada matanya
jika ia memakai kontek lens ( warna merah la)--------
ini menandakan ikan tu dah lama kena beku jangan ambil

2../ Cara2 nak memilih udang ketika dipasar

a) Lihat posture badan udang tu dulu juika-----
bengkok atau berkudis jangan ambil -------ini menunjuk kan udang tersebut telah
tercemar
b) Lihat pula pada warna kulit udang tersebut jika-----------warna kuning atau merah atau coklat jangan ambil ----------------ini menunjukkan udang itu sudah lama

Friday, April 2, 2010

Nasi Daging Tok Mama

Hari nie Mummy Rasa nak berkongsi rasa dengan kalian. Manalah tau ada diantara anda yang ingin mencuba dan merasa nya. makan nie kalau kita masak sendiri ianya lagi sodap dan menjimatkan serta famili kita akan bangga dengan kelebihan kita. Coba2lah memasak yg berlainan sekali sekala buat suami dan anak2. Cobalah seperti dibawah:

BAHAN :( untuk Nasi)
1 kg. beras basmati
1 kg. daging
1/2 tin susu cair (dicampur dgn. 1biji air limau nipis jadikan tairu)
1 1/2 sudu makan rempah nasi daging ( boleh didapati dari Tok Mama)
3 helai daun pandan
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
sedikit garam - ikut rasa

CARA MEMASAK (nasi)

1. semua bawang dan halia dimayang halus campur dengan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan kulit kayu manis.
2. panaskan minyak sapi sebanyak 4 sudu makan dan tumis bahan tadi.
3. setelah naik bau masukkan rempah nasi daging yang telah dibancuh dengan tairu tadi.
4.masukkan daging yg telah dipotong kecil2.
5.tuang air mengikut sukatan beras 1kg sama dengan 3pot beras
6.rebus daging sampai empok dan masukkan beras dan daun pandan.
7. tutup periuk dan masak sehingga air nasi kering , sentiasa kacau nasi agar tidak melekat.
8.setelah nasi masak kacau dan masukkan sedikit daun pudina agar beraroma.


BAHAN:( Air Asam)

2 biji bawang besar
2 biji tomato
20 biji cili padi
3sudu makan asam jawa adabi
2 sudu makan gula
1/2 cawan kicap pekat
garam secukup rasa
2 sudu makan kerisik



CARA(Bancuh air asam)
1. mesin cili padi bersama dengan kicap hinggga halus
2. asam jawa dibancuh dgn 1/2 cawan air suam
3. bawang besar dan tomato dipotong dadu
4. setelah siap campur kesemua bahan dan kacau


Nasi daging lebih enak dimakan dgn dalca dan ayam masak cili.